Bandar sibu ialah Bandar yg dibina di atas ’Lembah Rajang’.beberapa rumah dipersimpangan Jalan Lada sibu nampak senget kerana tanahnya mendap. Pembinaan rumah agak mahal,kerana perlu di ’piling’ lebih dalam.Namun begitu Sibu tetap berbangga kerana memiliki tempat2 yg menarik seperti wisma sanyan,bukit aup dan sebagainya...
Melihat bandar Sibu di waktu petang amat mengasyikkan. Pertemuan antara beberapa batang sungai, Batang Oya, Batang Igan dan Batang Rajang. Bot-bot ekspress datang dan pergi dari pekan-pekan kecil di sekelilingnya, Song, Kapit, Kanowit, dan Belaga. Bot-bot ekspress yang panjang-panjang dan bersusun di pengkalan satu ’panorama’ indah yang tidak ditemui di negeri lain. Tiada ruang untuk mencuba. Mungkin satu hari nanti saya akan naik juga pengangkutan air yang tersohor di Sarawak ini.
Bandar Sibu juga bandar sejarah. Disinilah lahirnya Rosli Dhoby pejuang Sarawak. Rosli yang masih belasan tahun ketika itu telah menikam mati Sir Duncan George Stewart Gabenor ke 2 Sarawak di Kg Pulau. Kg Pulau itu sudah tiada lagi, ia sudah diganti dengan Sibu Water Front, yang terbentang di hadapannya Sungai Rajang dan dibelakangnya Hotel Paramount. Saya tidak berkesempatan untuk melihat pusaranya kerana ketika meninggalkan Bandar Sibu hari sudah beransur-ansur gelap. Hanya sempat melintasi sekolah menengah yang meletakkan namanya di Kg Nangka. Cuma mungkin ramai yang tidak mengetahui ’kekasih’ Rosli Dhoby masih lagi hidup, berusia 86 tahun dan bermaustautin di Kg Hilir, Bandar Sibu. ’Che Ani’ itu terus tidak berkahwin sampai kini, mungkin menyimpan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Boleh jadi itulah cinta sejati....
text by:http://orgbisa.blogspot.com