


Bandar Sibu juga bandar sejarah. Disinilah lahirnya Rosli Dhoby pejuang Sarawak. Rosli yang masih belasan tahun ketika itu telah menikam mati Sir Duncan George Stewart Gabenor ke 2 Sarawak di Kg Pulau. Kg Pulau itu sudah tiada lagi, ia sudah diganti dengan Sibu Water Front, yang terbentang di hadapannya Sungai Rajang dan dibelakangnya Hotel Paramount. Saya tidak berkesempatan untuk melihat pusaranya kerana ketika meninggalkan Bandar Sibu hari sudah beransur-ansur gelap. Hanya sempat melintasi sekolah menengah yang meletakkan namanya di Kg Nangka. Cuma mungkin ramai yang tidak mengetahui ’kekasih’ Rosli Dhoby masih lagi hidup, berusia 86 tahun dan bermaustautin di Kg Hilir, Bandar Sibu. ’Che Ani’ itu terus tidak berkahwin sampai kini, mungkin menyimpan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Boleh jadi itulah cinta sejati....
text by:http://orgbisa.blogspot.com